Jumaat, 26 November 2010

8 lokasi cari pasangan! Baca la

8 lokasi cari pasangan! Baca la

selalu tak korang mengeluh camni


"hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!,"


ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan...


laki pompuan dua2 boleh


1.Perpustakaan-Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air" 

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!



2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??



3.Pusat beli-belah =Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^


4.tempat seminar/camping = kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.
T_T

5.Internet = wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.
selamat berjaya!

6.kenduri kahwin = pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!

7.Pejabat/sekolah = sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.kafe=daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??


heh..cuba lah!~semoga berjaya~~ 

20 Sebab Laki Tak Kawin2..hehe!

20 Sebab Laki Tak Kawin2..hehe!

for gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Kenali Siapa Lelaki..??

Kenali Siapa Lelaki.. ??

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati. 


3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami oleh 
http://1001rahsiadiri.blogspot.com

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat 

10 sifat calon suami yang baik:

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. 

10 sifat calon suami yang baik: 

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 

10 perkara bukti lelaki itu rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T AUTHOR: ZAIEM AL- HILMEE

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 cara nak bebas kewangan


salam alaik n mat sejahtera...

hari ini aq nak post kn satu brng baik punya tentg rahsia 10 cara nak bebas kewangan..bnda nie mengenai mcm mna kowng ..kowng tau satu bnda klo kta x bebas kewangan,kta akan jd hamba kepada duet.

untuk mencapai tahap 2 kta kna buat usaha yg paling koww,kna mgmbil masa n berdedikasi.klo kta lakukn usaha tue,pasti berbaloi..tue yg kowng mesti ingat.

satu bnda yg mesti paham bahwa duet bkn segala-galanya genk tetapi tanpa duet segala2 bnda kowng x leh bt...etc.nak kawen,nakjln2 g usha2 awek,nak lepak2 semua nak pakai pulus and nak masuk tandas kowng kna kluar kn duet..kowng mesti tau gak lau kta ad duet kita bole bntu mereka yg x mampu,ia merupakn pelaburan di akhirat kta mati.

kta smua ada keupayaan nk berjaya bergantung pada usaha jew n strategi kta..

oleh itu,inilah masa kta untuk melakukn TRANSFORMER..
1.hakikat pertama adalah kowng mesti tau yg kowng mampu generate duet berjuta-juta.set mind kowng yg kowng mampu melakukn nya..slogan yg aq pakai adalh YAKIN,PASTI N PASTI BERJAYA..bnda nie pntng sblm kowng dpt cipta kowng pnya empayer.kowng akn  dpt rasa kehebatan set minda nie.

2.bnda yg kedua adalh,kowng tanya diri kat mna kowng akn berada 2,5 10,15 tahun dari skang.kowng set target pa bnda yg pling teruja yg kowng inginkn..jika nak bini cantik,nak duet bnyk tuliskn bnda semua tue atas kertas.

3.tengok kowng pnya money flow..brapa yng masyuk n kluar...

4.tahun nie 2010,tahun depan tahun 2011 kowng kna letak satu azam baru.pikirkn langkah n bt masa yg perlu kowng capai bnda tue..

5.untuk mencapai kebebasan wang kna lh ad simpanan..kowng bt lh simpanan kat ASB..pasti untung.

6.bnda nie sngt pnting bla nk cpai satu2 bnda,iaitu kowng kna lh berjimat n simpan wang lebih..
lpas 2 cri biz yg bole kowg bt duet ari2 mcm progm mak aq sertai formula luar biasa http://www.teknikduit.com ..nie bole generate income kowng ari2..huuhu

7.lepas 2 bla dh suses satu2 matlamat bagi ganjaran ma diri kowng.bt pa yg kowng suka tuk bg motivasi ma diri.

8.kowng kna pnya semangt tahap gaban,pling power dlm mncpai matlamat kowng 2..hehe.jgn cuba mengalah,usaha smpai berjaya.

9.hidup kat dunia mesti seimbang..kata rasullah berkerja lah kamu seperti kamu hidup seribu tahun,beribadat lah kamu seperti kmu esok hari..lau aq tersalah sapa bole tolngbetul kn pa yg aq tulis 2..post aq nie aq tulis time atas katil mlaz nk cari2 buku..

10.kesilapan yg selalu kta bt termasuk aq nie adalh menunggu..tue satu kesilapn yg kta xsedar,jd ayuh lh kta bertindak genk..jana kekayaan kowng..

aq sebenarnya tulis post nie sbnarnya nk bagi motivasi kat diri aq ..aq pn blm lagi capai kebebasn wang so sama2 lh kta berjuang 2tuk diri kita,keluarga,masyarakat n negara.

moto aq:
 AQ TAK NAK OWG YG BAYAR GAJI AQ TP AQ YG BAYAR GAJI OWG,
AQ DH BOSAN TENGOK OWG JD KAYA..AQ PN BOLEH JD KAYA JGAK LAH
YAKIN PASTI DAN PASTI

AMIN




Tazkirah:Kelebihan Hari Jumaat

Pada pagi yg indah ini..hari jumaat penghulu segala hari...aq telah membaca blog sorang cikgu..so aq nak kongsikn ngan member2 kelebihan hari jumaat pada kowng semua..nie antara hadis nabi yg aq ambk dri blog cikgu tue..


1. Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'

2. Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'

3. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; 'Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.'
Kalau difahami satu persatu kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menyampaikan berita gembira dan berita sedih lagi menakutkan kepada umat baginda sebagai bahan berfikir dan bertindak menuju keredaan Allah Taala.
Berita gembira ialah tentang kejadian Adam, Adam dimasukkan ke syurga dan janji Allah memakbulkan doa orang-orang yang beriman.
Berita sedih lagi menakutkan ialah Adam dikeluarkan dari syurga, tentang kematian, tiupan sangkakala, hari kiamat dan hari pembalasan.
Orang berniaga mengambil berkat Jumaat. Orang yang inginkan kelapangan rezeki mengambil berkat Jumaat. Pelajar mengharapkan kelebihan Jumaat. Apatah lagi orang berjuang di jalan Allah lebih-lebih lagi mengharapkan keberkatan Jumaat. Berdoalah untuk kesejahteraan dan kebaikan pemimpin, jamaah, sahabat, keluarga, masyarakat serta umat. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memilih hari ini untuk membuat perisytiharan apa jawatan yang ingin ditandingi kerana mengambil berkat hari Jumaat.
Kita semua daripada keturunan Adam. Semoga setiap turun naik nafas dan langkah kita adalah untuk menuju kembali ke syurga. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduannya. Muhasabahlah kita!

Isnin, 22 November 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUT oleh khairole

 blog aq pada ari nie nak kongsi psal 10 bnda yg perlu kita tau..                          

 nie adalah permata yg di tingalkan orang alim-alim dahulu so..  kita kna ambk iktibar yer..

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUT oleh khairole

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rabu, 17 November 2010

5 Tip Asas Temuduga Kerajaan

tip2 yg aq cedok dari http://skorcareer.com.my..
Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.
Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.
Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:
1. Ambil berat  adab dan tertib temuduga
Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.
2. Tahu tugas dan peranan anda
Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawatjawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.
3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
4. Ambil tahu isu semasa dan terkini
Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.
5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat
Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.
Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Selasa, 16 November 2010

tip-tip hilangkan jerawat ...


salam,

bertemu kembali kta..hax3..pada ari nie yg berbahagia ..esok nk raya haji so aq nk kongsi kn ngan member  smua petua hilang kn jerawat..mna lh tau esok kowng nk raya esok muka bole jd cantek dan halusss...
jgn marah lau post aq nie bt kowng terasa yer..aq pn ad gak jerawat tp ok lh..x teruk mna..sebutir dua gtu..hehe

aq ambk petua nie kat blog sapa pnya ar..aq pn x ingt,yg pnting ada lh gak jln nk kta try..mna lh tau berkesan ,kowg gak yg untung..heheua nie ..lg pn petua nie,petua owg2 dlu2 zaman purba kala..so x rugi kowg try..hehe lg pn bole save budget drpd beli produk kimia x tentu selamat..

so petua yg bakal aq kongi adlh berbunyi mcm nie...

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.



tue la petua yg aq kopi n pas dri blog owg..hehe... lau ad kesan baek inform kat aq ar..lau yg bkn2 jgn cri aq..aq x terlibat dlm cuba try test kowg..hehe..lau ad di antara  kowg cuba xda pa2 kesan ..kowng kikis jew muka pkai kertas pasir tau senang2 cite kowg gilis jew muka kowg kat jalan raya bertar tue..senang n licin lagi halus..hehe

jgn marah ar setakat gurau jew... so 2 jew lh aq kongsi 2tk ari..

selamat mencuba..peace

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger