Khamis, 21 Oktober 2010

jauh perjalanan


Ku melihat melalui celah cerobong hati,
terlihat sinar pancaran mentari semakin menjauh,
ku cepatkan langkah kaki ini,
ingin mengejar kasih yang dicari.

Jalan yang panjang semakin melebar,
perjalanan jauh diiringi dua teman berbeza,
air kanan dan dikirinya api,
tersejatlah air tatkala api menguasai.

Bila hati diberi kuasa memilih,
maka sukacitalah bila kanan mulai menjemput mari,
namun naluri menahan dipintu sanubari,
memberi kata indah umpama sang pelangi,
"terapkan kekuatan hati dalam menilai,
kerana tanpa melalui kiri,
kita tidak akan pernah mengenali kanan..."


Ahad, 17 Oktober 2010

Menilai orang berfikiran positif dari gurauan

Dalam gurau, ada yang terasa.
Orang berfikiran positif, dia akan anggap gurauan sebagai satu hiburan.
Orang berfikiran negatif, dia akan menganggap gurauan sebagai satu sindiran.
Orang yang suka menyindir, cepat terasa dan cepat bersangka buruk terhadap kata-kata yang tidak betul, dia sebenarnya orang berfikiran negatif.
Jika Anda orang sebegini, maka Anda adalah seseorang yang berfikiran negatif.
Jika Anda tidak ambil kisah dengan gurauan, sindiran pedas mahupun kata-kata tohmah, Anda seorang insan berfikiran positif.
Orang berfikiran positif mempunyai daya tahan tinggi apabila berdepan sesuatu yang bersifat negatif misalnya sindiran, kemarahan, permasalahan.
Secara ringkasnya, orang berfikiran positif ni mudah memaafkan, mudah melupakan, lebih banyak memainkan peranan dari mempersoalkan hak.
Orang berfikiran positif lebih suka menyelesaikan masalah. Orang berfikiran negatif lebih banyak mempertikaikan masalah.

siapa aku

Siapa aku?..

aku adalah manusia biasa
asalnya daripada tanah jua
apa tujuan aku berada?
menyambung tugas di maya pada

siapa aku?..
aku adalah hamba Allah Yang Maha Satu
aku mempunyai perjuangan yang jitu
menegakkan islam itulah hasratku
untuk kembali kepada yang satu

siapa aku?..
aku adalah abdullah
tugasku abdi kepadaNya
sepenuh hati ikhlas jiwa
supaya kembali membawa pahala

siapa aku?..
aku adalah pewaris syurga
Jannatul Firdaus sedia terbuka
solatku setiap masa
perjuanganku tidak sia-sia

siapa aku?..
daripada mana aku?..
ke manakah aku?..
akan kembali kepada yang satu

Inna lillahi wainna ilaihi rajiun..
tamatlah usia hidupku


jah bt awang hamat
setapak,kuala lumpur
mei,1998.

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger