Sabtu, 11 Jun 2011

KISAH JUTAWAN

Idea Jutawan : Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng
mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi
beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.

Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew
Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama,
mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk
yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikat
telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk  membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,
memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan
kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad
untuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah
berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya
Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi
yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding,
beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak
mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun
bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya
tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin
kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka
dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta
perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator
menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger