Sabtu, 30 April 2011

teOri miNda JutAWan di bOngKAr 1



assalamualaikum n selamat sejahtera..


Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
   Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
   Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
   Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
   Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
   Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
   Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
   Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
   Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
   Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
    Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
    Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
    Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
    Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, "think rich to get rich!"

Selasa, 22 Mac 2011

keruntuhan moral dan akhlak remaja.





JAUHI MAKSIAT,IA MENGUNDANG BALA DARIPADA ALLAH!!!
NAUZUBILLAHIMINZALIK..


Ahad, 20 Mac 2011

Serangan yang dipimpin AS di Libya dapat memaksa pemberontak untuk bergabung dengan Gaddafi - pakar

Assalamualaikum,kat bawah nie saya paparkan isu baru yg menimpa sebuah lagi negara arab/islam.Selepas peristiwa menimpa afganistan,iraq dan sekarang libya.Kenapa benda ini boleh berlaku?Apakah sebabnya?Mengapakah tiada lagi keadilan?


ANDA SENDIRI BOLEH MENILAINYA !!!




Topik: Sekatan antarabangsa terhadap rejim Gaddafi


Aksi tentera dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Libya dapat memaksa pemberontak untuk bergabung dengan orang kuat Libya Muammar Gaddafi, seorang diplomat tentera di kawasan-kawasan itu mengatakan RIA Novosti melalui telefon pada hari Ahad.Pakar mengatakan bahawa serangan udara dilancarkan oleh AS dan pasukan sekutu juga boleh menimbulkan korban pada pemberontak.


"Situasi di Libya sangat rumit, pihak-pihak yang berkonflik berada pada jarak yang cukup dari satu sama lain dan serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh negara-negara NATO hari lain mungkin mencetuskan reaksi yang bertentangan, sebagai hasil dari yang disebut pembangkang dan pemberontak akan bergabung dengan Gaddafi, " kata pakar.


Ahli mengatakan bahawa serangan udara itu memusnahkankemudahan awam dan ekonomi dan tujuan menyatakan untukmencipta zon larangan terbang di atas Libya bertentangan dengantindakan nyata koalisi pimpinan Amerika itu.


"Tentera Amerika dan Perancis yang telah menyerang halamanLibya yang menginjak garis yang sangat berbahaya di luarkonsekuensi yang tidak boleh diubah mungkin mula danmenyebabkan operasi tempur besar-besaran," kata pakar.Operasi ketenteraan terhadap Gaddafi yang telah memerintahnegeri dengan tangan besi selama lebih dari 40 tahun bermulapada hari Sabtu, melibatkan Kanada Amerika Syarikat, Inggeris,Perancis, Itali, dan negara-negara lain.


Sebuah PBB yang baru resolusi Dewan Keamanan di Libyamenerapkan pada Khamis meliputi sebuah zon larangan terbangdan "segala tindakan yang yang diperlukan" menentang pasukanyang setia kepada Gaddafi.


Pentagon AS melaporkan bahawa kapal perang AS menembakkan rudal Tomahawk 110 jelajah di lokasi pertahanan Gaddafi hawa. Operasi AS bernama "Odyssey Dawn".
Televisyen Libya melaporkan mengutip pejabat tentera bahawa sekurang-kurangnya 50 orang awam terbunuh dan lebih dari 150cedera dalam serangan tentera pasukan koalisi, menambah bahawa banyak kemudahan kesihatan dan pendidikan juga turut musnah.


Moscow, Mac 20 (RIA Novosti)


Mohon maaf atas terjemahan yang tidak tepat,Jika anda ingin membaca versi inggeris sila pergi pautan yang saya sediakan dibawah ini.


Sumber:http://en.rian.ru/world/20110320/163105798.html

Jumaat, 18 Mac 2011

Zina Dan Akibat

Zina Dan Akibat

Buat dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini?
Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.
Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.
Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.
Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.
Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.Akibat buruk dan bahaya zina:
1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.
11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.
12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.
Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?
Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.
Na’udzubillahi min dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?
Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Ahad, 6 Mac 2011

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DUN MELIMAU DAN DUN KERDAU.



Dun Melimau(N.27) 

Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44     
Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin

UNDI DI TERIMA 5,162 Undi.
Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38
Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

UNDI DI TERIMA 2.1319 Undi.

MAJORITI: 2,724 UNDI

Dun Kerdau(N.28)

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44
Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau.

UNDI DI TERIMA ,5,060 Undi.


Hassanuddin Salim, 43.
Ketua Penerangan PAS Pahang, 

UNDI DI TERIMA,2,336 Undi.

MAJORITI: 3,643 UNDI.







Sabtu, 5 Mac 2011

iPad gelombang teknologi baru~



Senarai harga terkini iPad untuk pasaran Malaysia


  • iPad WiFi 16GB = RM 2300
  • iPad WiFi 32GB = RM 2590
  • iPad WiFi 64GB = RM 3190
  • iPad WiFi + 3G 16GB = RM 3299
  • iPad WiFi + 3G 32GB = RM 3799
  • iPad WiFi + 3G 64GB = RM 4299
   Menarik?.. Barang baru kenalah buat investment skit..hehe


Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger