Jumaat, 4 Mac 2011

cara untuk meledakan sumber kewangan anda...

Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika
anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah.

Anda mesti faham apakah dia "Pendapatan Aktif & Pasif"

Jangan tunggu lagi, saya akan beritahu anda semuanya
disini ie man.

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
                 (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
                 henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
 pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
 masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
 mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan
aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang
saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada
saya nanti ;)


jumpa anda di puncak kejayaan..ADMINN

Khamis, 3 Mac 2011

kesilapan telah hasilkan ribuan ringgit sehari!

Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu
impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata
tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.
Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya
George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash
Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya,
setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat
Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang
menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games
sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,
matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang
menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda
perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti
capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama
anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan
datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda
apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu
supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan
maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang
pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI
 SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"


Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada
kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda
perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang
berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah
sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu
kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu
motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda
perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan.

Dalam bisnes anda akan selalu diuji, anda anda perlu tangkas dan
berani menghadapi cabaran.

Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.

Selasa, 1 Mac 2011

MEMBONGKAR 12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU DIIKUT...

alhamdullilah,setelah sekian lama x menulis blogku ini.Pada hari ini ada juga kesempatan yang allah berikan untuk kita berkongsi ilmu serta tip-tips yang saya dapat dari pembacaan saya.walaupun perkongsian x seberapa tapi mungkin dapat berkongsi idea-idea untuk sebelum mencapai impian - impian yang belum direalisasikan..disni satu tajuk yang sangat hot ialah...




MEMBONGKAR 12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU DIIKUT...

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.




Jumpa anda dipuncak kejayaan....AMINNN~

Khamis, 3 Februari 2011

tip kuruskan badan dengan cepat

Tips Kuruskan Badan dengan Cepat

 

Saya nak kurus, nak jugak!!! Oppss rasanya ramai dikalangan anda yang sememangnya kerap mendengar kata – kata pembakar semangat tersebut bukan? Tapi seberapa kerap anda lihat yang melakukan apa yang diperkatakan? Jom bersama aie aka darkbatman untuk memberikan sedikit info tentang kesihatan terutama bagi mereka yang inginkan badan yang kacak dan solid molid. ahaha.
Pada saya, nak kuruskan badan ini takde lah susah mana cuma sukar sedikit saja. heh! Macam mana yer? Anda perlu ada tekad aka kesungguhan dan juga strategi yang mantap. Tapi masuk saja tentang strategi, ramai yang tahu tapi berapa ramai yang sanggup amalkan? heh! Takpe saya faham kesulitan anda semua tetapi bak kata orang lama ”sharing is caring but the power of determination is up to oneself”’. Erk apa yang saya mengarut ini yer? ahaha.
Hari ini saya mahu berkongsi beberapa petua yang agak berkesan bagi mereka yang comel. Bagi yang dah mempunyai badan cantik, sila jangan baca. heh! Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. ahaha.
1. Sediakan senarai makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali. Masuk siniuntuk check kalori makanan anda.
2. Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
3. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
4. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
5. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
Tips kedua kuruskan badan; Sediakan jampi aka motovasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.
”Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”. heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya, pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras.  ahaha. ‘alahai, jojo struys mesti akan terpikat kalau perut saya tidak terboroi kehadapan”. Fikir-fikirkan lah yer!
Tips ketiga kuruskan badan; Exercise bersama Orang Tersayang
Nampak agak pelik bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.
Saya akan updatekan tips seterusnya untuk entri selepas ini. Sementara itu, saya kongsikan beberapa jumlah kalori pemakanan untuk anda semua yer. Diharapkan dapat membantu anda mendapatkan makanan yang lebih baik untuk kesihatan yang anda inginkan.
Cadangan pengambilan kalori setiap hari

DewasaUmur (Tahun)Tenaga (Kalori
Lelaki
Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg
20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg
0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60
2,000
1,900
1,800
1,600
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger