Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 17 September 2011

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku? | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Rabu, 14 September 2011

هيا على الصلاة :: IklaN MenGinsaFKAN jiWa..

  Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
perkongsian aq Ari nie adalah mengenai iklan Solat.
Sedang aq menjenguk laman YouTube.Com Terpandang video nie,
So adalah molek nyer aq kongsi dalam blog aq yg  x seberapa nie..
 Pa2 pun ambillah iktibar dan aq pun turut sama mengambil belajar dan iktibar dalam nie.

Firman Allah Taala:
maksudnya:dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat,kerana amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu , nanti kamu dapati ganjarannya di sisi Allah.
(Al-Baqarah:110)

>>Jom Kita Saksikan<<



P/S:LIVE IS SHORT,IBADAH & TAQWA MORE..

..Wallahualam..






Khamis, 25 Ogos 2011

::THiNK:: Apa akan terjadi dgn Akaun FB kita,bila kita mati...???




mari kita renung-renungkan bersamafikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati,akaun facebook ini hanya kita yang tahu passwordhanya kita yang boleh access..

danselepas kita mati..apa yang jadi pada akaun fb kita?mungkin ada yang akan ucapkan takziahmungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kitagambar-gambar kita..akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengokdalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kinikita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..semua itu tidak akan membawa ertisemuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimahmati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~
renung-renungkan da selamat beramal :)

???????????Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ??????????

Jumaat, 18 Mac 2011

Zina Dan Akibat

Zina Dan Akibat

Buat dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini?
Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.
Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.
Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.
Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.
Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.Akibat buruk dan bahaya zina:
1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.
11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.
12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.
Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?
Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.
Na’udzubillahi min dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?
Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Khamis, 13 Januari 2011

'Pantun Orang Malas Sembahyang


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….
Apasal la aku malas sembahyang
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Sumber : Cinta Bakar

P/s- Solat adalah tiang agama. Meninggalkan solat adalah seperti meruntuhkan agama.
P/s2- Solat umpama kepala kepada badan. Kalau anda tak solat, wajar saja dipenggal  kepala anda putus dari badan. (Bunyi cam kasar, tapi ingatlah hukuman Allah kat akhirat nanti lebih berat dari itu!)

Jumaat, 26 November 2010

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T AUTHOR: ZAIEM AL- HILMEE

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Tazkirah:Kelebihan Hari Jumaat

Pada pagi yg indah ini..hari jumaat penghulu segala hari...aq telah membaca blog sorang cikgu..so aq nak kongsikn ngan member2 kelebihan hari jumaat pada kowng semua..nie antara hadis nabi yg aq ambk dri blog cikgu tue..


1. Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'

2. Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'

3. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; 'Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.'
Kalau difahami satu persatu kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menyampaikan berita gembira dan berita sedih lagi menakutkan kepada umat baginda sebagai bahan berfikir dan bertindak menuju keredaan Allah Taala.
Berita gembira ialah tentang kejadian Adam, Adam dimasukkan ke syurga dan janji Allah memakbulkan doa orang-orang yang beriman.
Berita sedih lagi menakutkan ialah Adam dikeluarkan dari syurga, tentang kematian, tiupan sangkakala, hari kiamat dan hari pembalasan.
Orang berniaga mengambil berkat Jumaat. Orang yang inginkan kelapangan rezeki mengambil berkat Jumaat. Pelajar mengharapkan kelebihan Jumaat. Apatah lagi orang berjuang di jalan Allah lebih-lebih lagi mengharapkan keberkatan Jumaat. Berdoalah untuk kesejahteraan dan kebaikan pemimpin, jamaah, sahabat, keluarga, masyarakat serta umat. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memilih hari ini untuk membuat perisytiharan apa jawatan yang ingin ditandingi kerana mengambil berkat hari Jumaat.
Kita semua daripada keturunan Adam. Semoga setiap turun naik nafas dan langkah kita adalah untuk menuju kembali ke syurga. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduannya. Muhasabahlah kita!

Isnin, 22 November 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUT oleh khairole

 blog aq pada ari nie nak kongsi psal 10 bnda yg perlu kita tau..                          

 nie adalah permata yg di tingalkan orang alim-alim dahulu so..  kita kna ambk iktibar yer..

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUT oleh khairole

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger