Memaparkan catatan dengan label cerita santai2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita santai2. Papar semua catatan

Sabtu, 17 September 2011

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku? | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Selasa, 16 Ogos 2011

::wOEww,pEliK nyER::Minum Kopi TerBalik Di Indonesia..


Assalamualaikum n Selamat Sejahteraa..

Wow,hari nie aq nak berkongsi satu info yg menarik kat korang mengenai budaya kat area2 nusantara.sepewrti mana korang boleh baca tajuk entri aq nie,mmg agak pelik klo orng minum cawan terbalik kat tempat kita,sah2 dah kena cop giler kena sawan...haha..tapi kat tempat dorang,bkn semua tempat setengah tempat ada budaya mcmnie,jd tanpa membuang masa aq nak g terawih jom wusha2...


Hanya di Indonesia boleh jumpa minum kopi dengan cawan terbalik atas piring. Cara minum kopi ini dengan menggunakan straw dengan menghisap dengan secara perlahan-lahan.

Kopi ini lain-lain dari yang lain kerana susah larut dalam air kerana itu perlu diterbalikkan.Nampak seperti menarik boleh minum sampai 2 atau 3 orang sekali..

Tapi sayang belum tahu jenama apa kopi ini..Boleh guna di Malaysia tarik pelanggan yang gemar minum kopi.




P/s:Berminat?try lah..hehe.(sah2 korang kena terajang leh mak korang bab buang tebiat) ^_^  


Rabu, 10 Ogos 2011

::JOM TEST POWER:: UjiAn uNtuk leLaki yg tULen..hEHe..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sedang aq melewati dari blog ke blog aq terpandang sesuatu yg sangat menarik,yg mana aq fikir kira hebatlh jgak ujian ini untuk insan yg bernama lelaki..hehe

Ujian aq memang tujukan buat lelaki jew sebenar nyer,tapi lau ada perempuan nak test power gak,eh xda salah nyeer..dipersilakan.Sebelum tue aq nak bg warning dlu,jgn lak korang jadi emo pla yer..hehe.Kat bawah nie ada 12 orang diva @ ratu cantik.But only 6 person from them adalah perempuan.Lagi 6 tue adalah jantan..haha.Cuba cari 6 jantan tersebut yer,korang leh dapat jawapan yang hakiki kat akhir post aq nie..
^_^

 sumber pic::http://baikpunyer.com



-?



-?



-?



-?



-?



Mcm? korang dah dapat jawapan kew?..Jd yg mana satu kh pilihan anda..

Hak3..untuk pengetahuan semua apa yg korang pikir adalah..tutt..Sebenar nyer soalan aq kat atas tue cuma  pancing jew.. :P..Jawapan yg sebenar nyer adalah dorang semua adalah jantan..lol... Dh terkena pun,Aq uma nak test instnc korang jew.. hehe..gambar nie di ambik sewaktu Pertandingan Ratu Cantik Miss Lady Boy Pageant di Thailand.

So berani challenge kew??cantek kan dorang..hehe





Ahad, 7 Ogos 2011

:: cuba teka apakah benda nie? ::PELIK tApI bEnaR::

Assalamualaikum..Arinie  aq nak kasi korang info baek punyer cua teka apa ini??.

Apakah yang dipegang oleh budak ini?

Sebelum korang buat macam2 andaian..let me introduce inilah seed of Coco de Mer tree a.k.a biji POKOK KELAPA LAUT. Ia sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan.

Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. (lamanyer…)

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan (==’) yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipygeComm. ex J. St.-Hil. Callipygeialah bahasa Greek untuk punggung cantik (^^,)

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut.

Hehe..asyik bersengalan je, sesekali kita berinfo sambil pekena jus kelapa laut yang marvellous..(patutlah air nih mahal)..Klik untuk lihat lagi gambar pokok yang unik ni








Sumber:http://baikpunyer.com/info-punyer-apakah-ini.html#ixzz1UJZE33XV

Selasa, 2 Ogos 2011

awek comel yang boleh terbang??betool kew..

Assalamualaikum n selamat sejahtera...

Fuhh,lama betool aq x bukak blog nie..Ari nie aq nak berkongsi satu benda tauu..
Gempaq nyerlh.."awek comel yg boleh terbang"...jd tanpa membuang masa kita saksikan lah yer..
^__^
























mcm? hebat x..untuk pegetahuan korang pembaca dy guna kamera jenis Canon EOS 5D Mk2 Lenses: Canon EF50mm F1.2L USM.EF24-70mm F2.8L USM,PENTAX 67lenses (with adaptors). fuhh,lau korang nak  tau sangat2 lebih lanjut psal awek nie.pegi lah kat laman web dy dan boleh baca sendiri pasal awek nie..hehe.SAtu lagi kat web dy ada banyk lagi pic best2 giler tau,korang blehlah g wusya2 yer..oklah sampai sini utuk ari nie..

...aSsALamualaiKum...

.... BYE2...

aWek comel pUnyer web: http://yowayowacamera.com/

Sabtu, 22 Januari 2011

Bermain Dengan Gadis 18Tahun


Pengalaman Pertama Bermain..

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun dimana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku enyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain.Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku> tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah. Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12 th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung.

Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil “Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”. Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra. Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?”
Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh…no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.” Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati
“Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar. Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak. Fuhhhh….Syok ape…Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya, “Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku “Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati “I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat “Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum.
Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami brsalaman. Untuk kekawan, itulah pengalaman prtama aku bermain Playstation dengan seorang aek. Aku harap korang terangsang dengan cerita enar aku ini….

kenapa tak percaya ye??.. hang ngat main ape??? ahak ahak.. jgn mare haa..”
Morale of the story:
1) Dont judge book by it cover )
2) Spare money for your self entertaiment like playstation console. You need pretty much of spare bucks $$. So do side-income such as online marketing, online business or join affiliate for kick-start

comments: inspiring huh? think positive,dont let your nafsu ran before your logical!!

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger