Memaparkan catatan dengan label tip jutawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tip jutawan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

Jadi bisnes Owner??

assalamualaikum n selamat sejahtera...

entry kat atas bertajuk jadi bisnes owner.

kenapa aq nak tulis tajuk nie..

sebab dy adalah...hahahaha

salah satu syarat untuk menjadi jutawan adalah jadi bisnes owner tau berfikiran mcm bisnes owner..

arr..ada yg x paham ek...

dalam dunia nie terdapat 4jenis kategori dan dibahagikn kepada empat bahagian lh yer...

di petik dari buku robert kiyosaki


KLo korang nak jadi seorang jutawan korang hendak create satu bisnes.Cipta bisnes dan buat satu sistem..

hari nie ramai yang x menyedari bahawa kebanyakan dari kita adalah hamba kepada sistem bisnes owner.

sbgi contoh ek..doktor,pensyarah ,akauntan dan macam2 yer...

sory lh tulis mcm nie tp tue lh hakikat yg koang mesti tau yer...

emak dan bapa kita ckp bila g sekolah belajar rajin2 lepas tue dapat keja ,dpt gaji besar2  lepas nnt ko boleh kawen..mak korang mesti penah ckp mcm nie kan2....

mak aq pun penah ckp mcm tue lh, 

jd untuk merubah kehidupan kena ubah tempat kita sekarang (Q:E) ke (Q:B)

Kena ubah cara berfikir adalah perkara asas yg pertama sebelum nak jadi kaya.

aq pun lum jd kaya lg tp nak kongsi maklumat kat kwn2 luar sana yg punya matlamat nak jadi kaya..

so skg aq nak chow dulu bab entry agak rumit di ceritakan tau
ok lh jumpa entry nie yg bertajuk Jadi Bisnes Owner2.
............................................................................................

Bye2~



Sabtu, 30 April 2011

teOri miNda JutAWan di bOngKAr 1



assalamualaikum n selamat sejahtera..


Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.
(Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
   Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
   Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
   Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
   Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
   Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
   Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
   Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
   Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
   Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
    Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
    Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
    Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
    Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, "think rich to get rich!"

Khamis, 3 Mac 2011

kesilapan telah hasilkan ribuan ringgit sehari!

Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu
impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata
tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.
Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya
George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash
Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya,
setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat
Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang
menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games
sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,
matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang
menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda
perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti
capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama
anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan
datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda
apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu
supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan
maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang
pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI
 SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"


Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada
kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda
perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang
berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah
sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu
kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu
motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda
perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan.

Dalam bisnes anda akan selalu diuji, anda anda perlu tangkas dan
berani menghadapi cabaran.

Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.

Selasa, 1 Mac 2011

MEMBONGKAR 12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU DIIKUT...

alhamdullilah,setelah sekian lama x menulis blogku ini.Pada hari ini ada juga kesempatan yang allah berikan untuk kita berkongsi ilmu serta tip-tips yang saya dapat dari pembacaan saya.walaupun perkongsian x seberapa tapi mungkin dapat berkongsi idea-idea untuk sebelum mencapai impian - impian yang belum direalisasikan..disni satu tajuk yang sangat hot ialah...




MEMBONGKAR 12 PRINSIP JUTAWAN YANG PERLU DIIKUT...

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.




Jumpa anda dipuncak kejayaan....AMINNN~

Software Pencetus Revolusi Abad Ini!!!Dapatkan sekarang..

 

hujan renyai-renyai Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger